Saturday, September 18, 2010

oh mama...

oh mama...
ku sayang padamu,
mengapa kau buatku begini?
mengapa kau buatku jadi begini?

oh mama...
pernahkah kau cuba...
cuba untuk melihat isi hati ini...
cuba untuk memahami cara2 ku ini?

oh mama...
ku sedar akan dosa2 ku terhadapmu
tetapi sukar untuk ku terima
sikapmu terhadap ku...

oh mama...
ku tau setiap tangisanmu untuk anakmu
bermakna dosa besar bagi anakmu...
tetapi apakah pula jika tangisanku terhadapmu?

oh mama...
adakah bererti kehadiranku dalam hidupmu?
apakah kau maksud apa yg kau lafazkan padaku?
aku sedar siapa diriku... kusedar ku tidak mampu...

oh mama...
aku tidak mampu mengembirakanmu
ku tidak bahagia pabila tidak dapat membahagiakanmu
ku berasa tidak berguna dan sia2 sahaja aku dalam hidupmu.

oh mama...
aku tidak minta untuk menjadi seorang yg ingkar..
tetapi niat keingkaran aku adalah untuk memperbaiki sesuatu.
dan aku mahu cuba lakukannya demimu.

oh mama...
setiap kali kau melafazkan kata2 pedih terhadapku
aku rasa seperti keris azimat menusuk dadaku.
luka yang mendalam yang tiada ubatnya...

oh mama...
mengapakah kau selalu bersangka buruk terhadapku?
ku tahu ku bukan malaikat dimatamu...
tetapi tidak semestinya pantas untukmu pedulikan kebaikanku

oh mama...
ku tahu ku tidak sebijak anak2 mu yang lain
ku mungkin tidak sempurna seperti mereka
tetapi adakah ia bermaksud ku tiada kebaikan dalam diriku?

oh mama...
sampai hatimu...
memikir dan berkata begitu...
sesungguhnya hanya Tuhan yang tahu.

Posted by ZayS at 12:56 PM